Apakah makna ropol?
ropal ialah kelim yang berkedut-kedut terutamanya di bahagian leher iaitu kolar dan tepi lengan baju. ropal lazimnya dibuat pada fabrik yang lembut seperti lace, satin, renda, dan sebagainya.
istimewanya pakaian beropol?
pakaian yang mempunyai ropol sangat sesuai digayakan ke mana sahaja. ia juga kelihatan cantik dan unik apabila disarungkan pada tubuh badan seseorang. tetapi kamu perlu bijak menyesuaikannya dengan keadaan ketika itu.ropol di bahagian kolar baju:
pakaian begini sesuai digayakan ke pejabat dan majlis formal. kamu boleh memilih untuk padankan ia dengan seluar panjang atau skirt labuh. jika ingin kelihatan lebih eksekutif, padankan pakaian ini dengan kot. kamu akan kelihatan lebih feminin dan mempunyai gaya tersendiri.
ropol di bahagian lengan:
pakaian yang beropol di lengan selalunya untuk pakaian yang lebih santai. oleh itu, kamu boleh memakainya ketika keluar berjalan-jalan bersama rakan-rakan atau ke majlis yang tidak formal.
contoh ropol pada bahagian lengan
No comments:
Post a Comment