Sunday, 1 April 2012

Tips memilih fesyen yang sesuai

1. Kenali bentuk tubuh kamu. Sebaik-baiknya, pilihlah pakaian yang boleh menutup kekurangan pada tubuh badan kamu. Penampilan kamu mestilah terkini. Jika tidak keseluruhan pakaian, salah satu daripadanya perlulah sesuai dengan karakter kamu.
2. Jika kamu mahu selamat ketika berfesyen, pilihlah gaya yang klasik. Contohnya, kemeja putih, blazer, dan seluar denim. Ia boleh di suai padan dan gaya tetap terkini.
3. Jangan terlalu mengikut peredaran fesyen barat kerana budaya tersebut tidak bersesuaian dengan masyarakat kita. Begitu juga dengan fesyen muslimah yang ada dipasarankini kerana ada kalanya ia dikatakan muslimah tetapi masih menampakkan susuk tubuh badan kamu. Jadi. berhati-hati ketika memilih pakaian untuk berfesyen.
4. Pemilihan warna juga penting supaya kamu tidak dikatankan sebagai badut. Untuk seorang gadis, warna-warna lembut, klasik, dan terang boleh disarungkan pada tubuh badan kamu.




No comments:

Post a Comment